Tuesday 16 August 2011

MIN RAMADAN ILAL EIDUL FITR


Beberapa hari lepas, beberapa orang ustaz yang masih menuntut di Pesantren di Bogor telah datang beberapa hari di surau kediamanku.... Kuliah disampaikan oleh 8 orang ustaz selama lapan malam berturut-turut  semasa waktu rehat diantara sembahyang terawikh.

Alhamdulillah... semuanya berjalan agak lancar dan agak ramai penduduk sekitar taman yang telah dikurniakan oleh Allah kekuatan, hidayah dan inayah untuk terus bersama-sama di majlis yang mulia ini.

Antara yang menarik, mengenai kebiasaan kita yang menganggap perayaan aidulfitri itu adalah merupakan perayaan yang teramat dipentingkan sehinggakan Ramadan sebagai bulan yang amat diberkati telah dilupakan. Kebanyakan daripada kita akan memfokuskan hal ehwal hari raya terutama apabila tibanya tanggal hari ke 20 Ramadan sehinggalah munculnya hari raya. Malang sekali kerana pada tanggal hari-hari tersebutlah, telah diberitahu oleh Junjungan kita nabi (s.a.w.) mengenai kehadiran malam Lailatul Kadr, malam seribu bulan yang pastinya sesiapa yang dapat beramal di waktu itu akan meraih keuntungan berlipat ganda yang memang tidak boleh dilihat di mata dzahir waktu di dunia.

Moga-moga kita di letakkan oleh Allah sebagai salah seorang yang berada di malam Lailatul Kadr pada Ramadan tahun 2011 ini. Amiin.


No comments:

Post a Comment